Followers

Tuesday, 22 October 2013

Cuti Semester

Haaa.. ni laa namanya bila menjelangnya cuti semester.. cuti sem kekadang sampai 2bln lebih, 1bln lebih tapi ada jugak yg berminggu2 je kan.. haa,, yg tu kesian sikit laa.. tapi duduk rumah lelama pon mau bosan jugak gamaknyer.. Tapi mana yg pandai nak isi masa lapang masa cuti nie okay laa.. ye laa ada yg bekerja, ada yang meluangkan masa 24/7 keluar dan ada jugak yg 24/7 dok rumah jee.. Tapi aku nie sebabkan cuti pon tak lama mana, takkan laa nak kerja kan ? relax je laa kat rumah. Alhamdulillah sem depan dah sem 5, kejap je dah nak habes.. tak sabar nak tunggu tahun depan.. Akhirnya aku memiliki jugak sijil Diploma in Banking dari UiTM Johor . Harapnya perjuangan aku untuk 3 tahun nie bukan sesuatu yg sia sia laa.. bukan senang nak masuk wehhh, kena laa hargai peluang depan mata, lepas habis diploma tak semudah tu je aku nak habeskan perjuangan aku, akan ku usahakan menamatkan degree dengan pointer 3.50 above.. InsyaAllah dengan izinnya aku akan sambung degree pulak.. Hmm,, degree ehh. Degree in Finance tu laa first target aku yg aku nak ambik.. Tengok laa kalau rezeki aku panjang aku dapatlah course tu,,, tapi sementara nak tunggu sambung degree tu nak kena settle lesen dulu then nak kerja dulu, tengok laa rezeki dapat kerja kat mana.. Doakan yaa !

Thursday, 30 May 2013

Kenapa Bukan Dia ...

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Kursus Computer

Assalamualaikum .. today kita ada lagi class computer tapi taktau laa antara minggu nie or minggu depan habisnyer .. tapi minggu nie belajar internet so, ia melibatkan blog, facebook dan sebagainya .. disebabkan kita dah ada semua tu kan ? kita kasi update je laa .. hihi . tak rugi pon rasanya nak ambik kursus computer nie .. actually sebelum nie masa sekolah rendah lagi abah dah hantar pergi class computer tapi tu laa kecik2 kan ? malas .. belajar sekerat jalan je tapi dah dapat sijil dah .. yg sekarang nie saje je ambik balik utk mengisi masa lapang sebelum naik sem 8.6 nie .. nak sijil je sebenarnya, saje buat back up bila mintak kerja nanti kan ? cewaahh ! Sape2 yang rasa macam tak buat apa kat rumah tu, baik masuk class computer nie kan.. senang je , mahir kita.. cepat laa kita habes. jangan kita pikir kalau kita dah boleh menaip im chat kat fesbuk, boleh taip tweet and so on kita nie dah pandai.. sebenarnya banyak lagi teknik yg perlu kita tau.. kursus computer merangkumi Ms Word, Publisher, PowerPoint, Excel, Asas Pengenalan pada computer dan internet.. dalam class nie ada dua orang yang tengah belajar .. kita dgn sorang makcik tu tapi bagus laa makcik nie berusaha nak belajar even dah berumur kan ? tapi tu laa agak payah sikit laa bila dah berumur baru nak belajar kan.. nak menaip lagi, belajar cari tu cari nie, yang paling class kau jahhh dah terus ada facebook makcik nie .. hikhik .. jadi kita yang muda nie jgn laa sia sia kan masa yang ada kan ? grab peluang depan mata :)

Wednesday, 29 May 2013

I'm back yawww !!!

Fuhhh .. setelah sekian lama akhirnya aku post jugak kan .. eh dah 2013 ehh ?? actually blog nie sejak 2011 lagi tapi tu laa rajin sesangat nak aktif . btw aku on balik blog nie pun sebab sekarang aku tengah ambek kursus computer berhampiran dengan rumah aku nie . Lepas dah belajar Ms Word, Publisher, Power Point and Excel . tapi excel aku tak belajar lagi .. yang lain alhamdulillah laa dah lepas kan :) So, dalam kursus computer, akak nie advance nak ajar aku lebih mendalam pasal blog .. Nuffnang ? aku pernah dengar sebenarnya yang nuffnang nie boleh buat duit tapi serius memang taktau camne nak buat.. lepas akak nie terangkan yang ada blogger yang boleh dapat duit cecah berapa K dahh tapi tulaaa kita kena rajin laa buat byk2 entry so akak nie pun ajar laa satu persatu .. First memang kena buat account sendiri laa dekat www.nuffnang.com.my . Then lepas dah daftar tu, kena jawab survey dia.. after siap semua tu dia akan bagi code.. copy paste kat html blog . save ! yeayy .. kita punya blog dah ada iklan tu..

Monday, 14 May 2012

Ciri Ciri lelaki untuk dijadikan suami

Assalamualaikum , hehe .. pelik tak aku boleh terfikir pulak nak tulis entry pasal nie . tak pe laa . sekali sekala , berdasarkan apa yang aku lihat dan kaji . inilah ciri ciri yang patut perempuan cari untuk dijadikan suami termasuk lah aku nie haa  . Dengan izin Allah , Insyaallah :D



AGAMA : Agama islam adalah agama yang paling sempurna . Adalah wajib bagi kita memilih bakal suami kita seorang yang beragama Islam . Hmm,, islam je tak guna jugak tau . Sebelum berkhawin, kena lah pastikan lelaki tu cukup ilmu agama, bukan setakat solat je yang kita cari, pandai baca al-quran, tahu tentang hukum hakam dan tahu cara menjadi pemimpin di dalam keluarga . Alhamdulillah aku nie dah ada ilmu tentang agama sebab dulu sekolah agama . walaupun tak banyak, insyaallah aku boleh ingat lagi . hehe , Mana yang kurang .. aku akan bantu, saling nasihat menasihati dan akan berkongsi ilmu dengannya sebab nobody's perfect :)


BERTANGGUNGJAWAB : Lelaki yang bertanggungjawab memang akan menjadi pilihan wanita . Tanggungjawab camno ? ishh .. yelaa ..  even kita belum kawen . kita boleh lihat sikap dia dengan orang sekeliling . terutama sekali macam mana dia menjalankan tanggungjawab sebagai anak.. macam mana dia melayan kedua orang tuanya .. penting tu, kalau dengan orang tua pon dia dah kurang ajar , x mustahil dengan kita 2x lebih ganda . Lelaki tu harus bersedia untuk menanggung segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak anaknyer . Besar tu tanggungjawab .. takod rasanya


SETIA : yeaahh ! nie laa yang kita kena jaga jaga . sebelum kawen tu kenali pasangan tu betul betul . Aku paling pantang laki mata keranjang . even dia setia kat kita pon,, rasanyer takperlu kot nak pandang perempuan lain . cukup menerima apa yang ada . tapi ada tau perempuan yang tak kesah . gila batu hati kau kak . tabik aku . hehe, pastikan dia mencintai kita seikhlas dan sepenuh hati . insyaallah, hatinyer untuk kita sahaja ..


HARTA : Ehh , bukan nak kata kita nie mata duitan ye .. tapi kan kalau gaji suami setakat 500-800 camtu . camne dengan perbelanjaan harian ? cmne dengan shopping kita ? kiki ^_^ alahh , shopping sekali sekala takpe kot . Makin lama, semuanya mahal .. so, kita kena pikir semua tu .. Lelaki pulak jangan pikir nak kawen je .. dia kena jugak bagi kebahagiaan kat bakal isteri dia . Jangan asek pikir susah sesama , memey laa susah sesama, tapi sanggupkah lelaki tu tengok perempuan terpaksa berkerja keras untuk sara keluarga . kalau kerja office or kerja di tempat yang selesa takpe laa lagipun wanita zaman sekarang nie semua berkerjaya . Maksud aku nie yang sampai kena jadi cleaner untuk sara family . sumpah kesian kalau aku tengok makcik makcik yang kat U tu .. penad weyhh , kesian kat dorang ..


BERPENDIDIKAN : Ni pon ... bukan laa nak kata kalau yang tak seberapa berpendidikan tu kita tolak . Tak , tu pun okay sebab dia lebih cepat memahami dunia luar, berpengalaman . Yg berpendidikan pulakk, yelaa, nanti dah ada anak.. atleast dorang boleh bangga gila dapat parents yang pandai, berpendidikan and tu buatkan dia nak jadi seperti kita or lebih . Lagipon pemikiran dorang yg berpendidikan nie berbeza sikit, Insyaallah segala urusan rumahtangga akan lebih berjalan lancar ..


RUPA : Hmm ,, aku nie tak memilih sangad , cukup laa sedap mata memandang . tak mintak yang henseemm pon... trouble nanti weyhh ! hehe .. kalau boleh cukup sifat laa macam ada telinga,hidung,mulut,mata dan sebagainyer .. yang peting muka ada nur , HAHA ! resepi nak muka ada nur .. solat 5 waktu , rajinkan kaki melangkah ke masjid . tak selalu, seminggu 2 kali pon jadi laa :)


BAIK HATI : Susah kan nak jumpa ? aku sangad sangad laa suka lelaki yang membantu orang yang susah dan kurang berupaya . Atleast dapat jumpa lelaki yang selalu sedekah dekat orang miskin kat pasar malam pon aku dah respect gila . Tak suka laki sombong, humble je laa weyyhh . hidup nie bukan kita selalu kat atas je .. Peramah tu penting woo ! yelaa , nak tambat hati family aku nie bukan nyer senang . nak tambat kena tambat termasuk sedara mara aku jugak . siap sedia je laaa :p


MEMAHAMI : Memahami antara satu sam lain menjanjikan kebahagiaan yang abadi . yess ! i agree with that . sebab aku nie dari dulu sampai sekarang tak jumpa jumpa jugak orang yang memahami aku . kesiaan kan ? hmm ,, mybe Allah nak kasi aku mencari dan terus mencari kot . Sifat perempuan nie bukan senang nak paham . aku nie pon pelik sikit orangnyer . huhu , member rapat pon susah nak paham aku nie . aku insyaallah boleh menerima kekurangan pasangan aku tapi kita kena cari yang serasi bersama . cewaah ! Berbeza tapi boleh ngam .. kan sweet gitu :p


TAK EGO : Aku paling tak suka tengok lelaki ego . ya allah , sabar je laa . aku tahu laki nie dalam dirinyer patut ada sekelumit keegoaan tu . tapi kalau dah ego melampau lampau siapa tahan kan ? yelaa , perempuan nie nak jugak rasa kasih sayang yang sebenar dari bakal or suaminyer . Kalau dah asik serius, nak menang sorang and dia je betul .. sape yang tak tension kan ? Lagi satu tak suka laki yang panas baran , cukup tegas sikit sikit dah laa .. nak marah je ,, aku pun nak lari rumah mak aku kalau cmtu,dah laa aku nie kuat sentap .. kalau dapat yang sporting kat bestt . perrghh ! tapi jangan sporting sangad nanti aku pijak kepala lak . hehe


TAK CEMBURU BUTA : Haa, aku tengok satu artikel tu kan ustaz kata, lelaki sebenarnyer 2x ganda kuat cemburu dari permpuan . betulkah ? aku okay je cemburu nie tapi jangan sampai semua tak bagi , nak berkawan pun tak bagi . aku nie memang suka berkawan dengan semua orang . Ada lelaki jealous sampai nak belasah bagai, open minded laa . trust your partner. aku suka dengan cara cmni kalau nak tunjuk cemburu pon : "Amboii , ramainyer kawan kat U/Office , kawan kawan jugak ye, jangan lupa yg kat sini" haa, kat manis cmtu . hehe , perempuan pon taknak buat hal ^_^. 


RAJIN : Kalau waktu sekarang nie kita boleh tengok apa je tindakan dia kalau dapat sesuatu kerja . haa, aku lagi suka yang express buat kerja . senang kalau nanti dah kawen , kalau kita demam ke or pape laa . atleast dia boleh tolong kita kat rumah . Sekurang kurangnya pandai lah masak sikit sikit kan .. nanti kalau isteri tak masak, awok pon melopong je tak buat pape ? . sekali sekala tu masak laa jugak ye . huhu . pembersih dan pengemas penting tu .. kalau suami punn pemalas nak kemas baju sendiri or nak basuh baju sendiri, nak harapkan isteri je .. heh ,, tu memang tak patut ! Apa yg penting ? "kerjasama" . yeaah :)


PENDENGAR SETIA : Aku sekarang nie masih tercari cari lagi siapa yang sudi menjadi pendengar setia aku . Sebab aku nie sangatlah suka meluah rasa,berkongsi cerita dan suka mintak pendapat orang yang aku sayang dan terdekat . Tapi , susahkan nak jumpa , ye laa kadang kadang dia dengar memang dengar tapi sebulan lepas tu ..... terus lupa , pergghh ! memang aku nak berangin je laa kan kalau cmtu . Aku paling sensitif kalau orang lupa apa yang sangad lah penting bagi aku macam birthday, tarikh mula kenal, tarikh mula couple . Aku kalau boleh semua yang berkaitan dengan diri kami, aku simpan leklok . biar tu jadi kenangan . Pape pon aku suka orang banyak nak tau pasal aku sebab aku no hal nak berkongsi cerita dengan orang yang aku sayang :)

MENJAGA MARUAH : Yang nie just for yang tak ke alam perkhawinan lagi . maruah tu penting , lelaki sepatutnya pandai jaga maruah kekasihnyer lagi lagi dia nak buat perempuan tu jadi suri hatinyer . Tak ajak buat benda tak elok, kiranya pandai jaga kita lahh ! Aku paling tabik kalau orang nak jumpa aku, mintak izin dengan abah and ibu . Tapi buat masa sekarang nie memang tak laa sebab abah pun sebenarnyer tak kasi aku layan layan lelaki time tengah belajar . Lepas habes belajar baru dia bagi green light . so, setelah aku kecundang dengan kisah percintaan aku yang dah banyak kali nie .. Lepas nie aku nak ikut kata abah yang nak aku cari lelaki yang ada pendidikan agama, bukan lelaki yang suka main main je, lelaki yg pikir masa depan & cukup sifat . Sekarang kita searching mana yang berkenan je okay :)

















Thursday, 3 May 2012

Got a new Laptop ! !

Haii :) hari ini first time aku updates blog aku dengan menggunakan laptop baru .. hehe, suka tak terkata laa .. Abah baru je beli sabtu minggu lepas .. tapi hari ini baru nak cerita, nta pape nta,, huhu .. Dell XPS|14z tu laa laptop aku yang harganyer cecah 3k jugak .. haiaah,, memang abah dah warning dah suruh jaga elok2.. Ceramah panjang lebar dia pasal penjagaan dia semua .. "Alaahh. along tau laa abah -.-' " Beli nie tak sepenuhnyer duit aku .. Duit aku tak sampai setengah pon .. rezeki , Alhamdulillah .. Tercapai jugak nak laptop and aku dapat seperti yang diidamkan , Design and semua yang ad kat dia nie memenuhi taste aku .. huhu , Insyaallah .. Harapnyer tahan laa sampai aku lepas degree .. Aminn .. Nie dia picture nyer , Anyway.. aku tak snap pon picture nie .. Amek kat google je .. hehe :)