AGAMA : Agama islam adalah agama yang paling sempurna . Adalah wajib bagi kita memilih bakal suami kita seorang yang beragama Islam . Hmm,, islam je tak guna jugak tau . Sebelum berkhawin, kena lah pastikan lelaki tu cukup ilmu agama, bukan setakat solat je yang kita cari, pandai baca al-quran, tahu tentang hukum hakam dan tahu cara menjadi pemimpin di dalam keluarga . Alhamdulillah aku nie dah ada ilmu tentang agama sebab dulu sekolah agama . walaupun tak banyak, insyaallah aku boleh ingat lagi . hehe , Mana yang kurang .. aku akan bantu, saling nasihat menasihati dan akan berkongsi ilmu dengannya sebab nobody's perfect :)
BERTANGGUNGJAWAB : Lelaki yang bertanggungjawab memang akan menjadi pilihan wanita . Tanggungjawab camno ? ishh .. yelaa .. even kita belum kawen . kita boleh lihat sikap dia dengan orang sekeliling . terutama sekali macam mana dia menjalankan tanggungjawab sebagai anak.. macam mana dia melayan kedua orang tuanya .. penting tu, kalau dengan orang tua pon dia dah kurang ajar , x mustahil dengan kita 2x lebih ganda . Lelaki tu harus bersedia untuk menanggung segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak anaknyer . Besar tu tanggungjawab .. takod rasanya
SETIA : yeaahh ! nie laa yang kita kena jaga jaga . sebelum kawen tu kenali pasangan tu betul betul . Aku paling pantang laki mata keranjang . even dia setia kat kita pon,, rasanyer takperlu kot nak pandang perempuan lain . cukup menerima apa yang ada . tapi ada tau perempuan yang tak kesah . gila batu hati kau kak . tabik aku . hehe, pastikan dia mencintai kita seikhlas dan sepenuh hati . insyaallah, hatinyer untuk kita sahaja ..
HARTA : Ehh , bukan nak kata kita nie mata duitan ye .. tapi kan kalau gaji suami setakat 500-800 camtu . camne dengan perbelanjaan harian ? cmne dengan shopping kita ? kiki ^_^ alahh , shopping sekali sekala takpe kot . Makin lama, semuanya mahal .. so, kita kena pikir semua tu .. Lelaki pulak jangan pikir nak kawen je .. dia kena jugak bagi kebahagiaan kat bakal isteri dia . Jangan asek pikir susah sesama , memey laa susah sesama, tapi sanggupkah lelaki tu tengok perempuan terpaksa berkerja keras untuk sara keluarga . kalau kerja office or kerja di tempat yang selesa takpe laa lagipun wanita zaman sekarang nie semua berkerjaya . Maksud aku nie yang sampai kena jadi cleaner untuk sara family . sumpah kesian kalau aku tengok makcik makcik yang kat U tu .. penad weyhh , kesian kat dorang ..
BERPENDIDIKAN : Ni pon ... bukan laa nak kata kalau yang tak seberapa berpendidikan tu kita tolak . Tak , tu pun okay sebab dia lebih cepat memahami dunia luar, berpengalaman . Yg berpendidikan pulakk, yelaa, nanti dah ada anak.. atleast dorang boleh bangga gila dapat parents yang pandai, berpendidikan and tu buatkan dia nak jadi seperti kita or lebih . Lagipon pemikiran dorang yg berpendidikan nie berbeza sikit, Insyaallah segala urusan rumahtangga akan lebih berjalan lancar ..
RUPA : Hmm ,, aku nie tak memilih sangad , cukup laa sedap mata memandang . tak mintak yang henseemm pon... trouble nanti weyhh ! hehe .. kalau boleh cukup sifat laa macam ada telinga,hidung,mulut,mata dan sebagainyer .. yang peting muka ada nur , HAHA ! resepi nak muka ada nur .. solat 5 waktu , rajinkan kaki melangkah ke masjid . tak selalu, seminggu 2 kali pon jadi laa :)
BAIK HATI : Susah kan nak jumpa ? aku sangad sangad laa suka lelaki yang membantu orang yang susah dan kurang berupaya . Atleast dapat jumpa lelaki yang selalu sedekah dekat orang miskin kat pasar malam pon aku dah respect gila . Tak suka laki sombong, humble je laa weyyhh . hidup nie bukan kita selalu kat atas je .. Peramah tu penting woo ! yelaa , nak tambat hati family aku nie bukan nyer senang . nak tambat kena tambat termasuk sedara mara aku jugak . siap sedia je laaa :p
MEMAHAMI : Memahami antara satu sam lain menjanjikan kebahagiaan yang abadi . yess ! i agree with that . sebab aku nie dari dulu sampai sekarang tak jumpa jumpa jugak orang yang memahami aku . kesiaan kan ? hmm ,, mybe Allah nak kasi aku mencari dan terus mencari kot . Sifat perempuan nie bukan senang nak paham . aku nie pon pelik sikit orangnyer . huhu , member rapat pon susah nak paham aku nie . aku insyaallah boleh menerima kekurangan pasangan aku tapi kita kena cari yang serasi bersama . cewaah ! Berbeza tapi boleh ngam .. kan sweet gitu :p
TAK EGO : Aku paling tak suka tengok lelaki ego . ya allah , sabar je laa . aku tahu laki nie dalam dirinyer patut ada sekelumit keegoaan tu . tapi kalau dah ego melampau lampau siapa tahan kan ? yelaa , perempuan nie nak jugak rasa kasih sayang yang sebenar dari bakal or suaminyer . Kalau dah asik serius, nak menang sorang and dia je betul .. sape yang tak tension kan ? Lagi satu tak suka laki yang panas baran , cukup tegas sikit sikit dah laa .. nak marah je ,, aku pun nak lari rumah mak aku kalau cmtu,dah laa aku nie kuat sentap .. kalau dapat yang sporting kat bestt . perrghh ! tapi jangan sporting sangad nanti aku pijak kepala lak . hehe
TAK CEMBURU BUTA : Haa, aku tengok satu artikel tu kan ustaz kata, lelaki sebenarnyer 2x ganda kuat cemburu dari permpuan . betulkah ? aku okay je cemburu nie tapi jangan sampai semua tak bagi , nak berkawan pun tak bagi . aku nie memang suka berkawan dengan semua orang . Ada lelaki jealous sampai nak belasah bagai, open minded laa . trust your partner. aku suka dengan cara cmni kalau nak tunjuk cemburu pon : "Amboii , ramainyer kawan kat U/Office , kawan kawan jugak ye, jangan lupa yg kat sini" haa, kat manis cmtu . hehe , perempuan pon taknak buat hal ^_^.
RAJIN : Kalau waktu sekarang nie kita boleh tengok apa je tindakan dia kalau dapat sesuatu kerja . haa, aku lagi suka yang express buat kerja . senang kalau nanti dah kawen , kalau kita demam ke or pape laa . atleast dia boleh tolong kita kat rumah . Sekurang kurangnya pandai lah masak sikit sikit kan .. nanti kalau isteri tak masak, awok pon melopong je tak buat pape ? . sekali sekala tu masak laa jugak ye . huhu . pembersih dan pengemas penting tu .. kalau suami punn pemalas nak kemas baju sendiri or nak basuh baju sendiri, nak harapkan isteri je .. heh ,, tu memang tak patut ! Apa yg penting ? "kerjasama" . yeaah :)
PENDENGAR SETIA : Aku sekarang nie masih tercari cari lagi siapa yang sudi menjadi pendengar setia aku . Sebab aku nie sangatlah suka meluah rasa,berkongsi cerita dan suka mintak pendapat orang yang aku sayang dan terdekat . Tapi , susahkan nak jumpa , ye laa kadang kadang dia dengar memang dengar tapi sebulan lepas tu ..... terus lupa , pergghh ! memang aku nak berangin je laa kan kalau cmtu . Aku paling sensitif kalau orang lupa apa yang sangad lah penting bagi aku macam birthday, tarikh mula kenal, tarikh mula couple . Aku kalau boleh semua yang berkaitan dengan diri kami, aku simpan leklok . biar tu jadi kenangan . Pape pon aku suka orang banyak nak tau pasal aku sebab aku no hal nak berkongsi cerita dengan orang yang aku sayang :)
MENJAGA MARUAH : Yang nie just for yang tak ke alam perkhawinan lagi . maruah tu penting , lelaki sepatutnya pandai jaga maruah kekasihnyer lagi lagi dia nak buat perempuan tu jadi suri hatinyer . Tak ajak buat benda tak elok, kiranya pandai jaga kita lahh ! Aku paling tabik kalau orang nak jumpa aku, mintak izin dengan abah and ibu . Tapi buat masa sekarang nie memang tak laa sebab abah pun sebenarnyer tak kasi aku layan layan lelaki time tengah belajar . Lepas habes belajar baru dia bagi green light . so, setelah aku kecundang dengan kisah percintaan aku yang dah banyak kali nie .. Lepas nie aku nak ikut kata abah yang nak aku cari lelaki yang ada pendidikan agama, bukan lelaki yang suka main main je, lelaki yg pikir masa depan & cukup sifat . Sekarang kita searching mana yang berkenan je okay :)
No comments:
Post a Comment